WhatsApp

Binazrin Group Terajui Inisiatif Kebajikan di Manjung Sempena Ramadan

MANJUNG, 1 APRIL – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) gabungan antara Binazrin Group, Pejabat Orang Besar Jajahan Manjung, syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya mengumpulkan sumbangan bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di sekitar Manjung pada bulan Ramadhan.

Program yang dikenali sebagai Majlis Berbuka Puasa Orang Besar Jajahan Manjung Bagi Meraikan Anak Yatim, Asnaf, Ibu Tunggal dan Tahfiz itu mendapat tajaan utama daripada Binazrin Group dengan sumbangan berjumlah RM35,000.

Pengerusi Eksekutif Binazrin Maju, Tuan Haji Mohd Azrin Bin Kamaruddin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati Toh Seribijaya Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin Bin Haji Nazari dan isteri Datin Nur Shuhada Bt Osman melalui ahli jawatankuasa Persatuan OBJWANIS yang menjadi tonggak kepada kejayaan program amal ini.

Beliau  turut merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat seperti Puncak Emas, Grade One Marine, Farmasi I Sihat, Abad Optima, Nzam BGD dan badan-badan NGO lain serta Institusi Agama Islam yang turut menyumbang dan bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Tuan Haji Mohd Azrin juga berharap program sebegini dapat diteruskan pada setiap tahun dan mengalu-alukan penyertaan lebih banyak syarikat korporat dan NGO di sekitar Manjung untuk bekerjasama bagi menambah nilai sumbangan.

“Adalah menjadi hasrat kami agar sumbangan ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan sokongan pelbagai pihak. Sesungguhnya memberi sedikit kepada mereka yang kurang bernasib baik merupakan satu amalan mulia,” katanya.

Tambah beliau, kolaborasi tersebut adalah inisiatif murni bagi membantu lebih ramai golongan rentan di kawasan sekitar Manjung mendapatkan juadah berbuka puasa secara percuma dan juga sumbangan lain berupa wang tunai serta barang keperluan harian yang memberi manfaat kepada 150 orang penerima.

“Adalah amat memberi kepuasan apabila syarikat korporat dapat berganding bahu dengan pihak berkuasa dan NGO untuk meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya pada bulan mulia Ramadan ini,” katanya.

Pihak penganjur melahirkan penghargaan kepada Pejabat Orang Besar Jajahan Manjung, semua penyumbang korporat dan NGO yang menjayakan program berimpak tinggi itu dalam membantu golongan memerlukan di kawasan berkenaan.

Bacaan Lain

Hubungi kami untuk informasi, sebut harga atau apa jua pertanyaan tentang bina rumah idaman anda.

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © Binazrin Maju Sdn Bhd. (1113654-T). All right reserved.