Anak kelahiran Besut, Terengganu. Menetap di Perak sejak 2009, Tuan Haji Mohd Azrin Kamaruddin melalui zaman persekolahan menengah beliau di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Menjadikan kejuruteraan sebagai bidang yang ingin diceburi, beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekanikal.
Sebelum penubuhan Binazrin Group, Tuan Haji Mohd Azrin pernah bekerja makan gaji sebagai seorang jurutera selama 2 tahun. Ingin meluaskan lagi pengetahuan, beliau membuat keputusan untuk menjadi seorang eksekutif jualan di sebuah syarikat hartanah. Dalam masa 2 tahun sahaja, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Besar.
Selepas 3 tahun berlalu, Tuan Haji Mohd Azrin memutuskan untuk menubuhkan bisnes hartanah sendiri selepas mendapat keyakinan daripada segala pengalaman yang dipelajari.
Dengan sikap optimistik yang ada pada Tuan Haji Mohd Azrin, beliau ingin membantu lebih ramai penduduk tempatan untuk memiliki hartanah moden, selesa dan berpatutan. Beliau percaya bahawa ilmu itu penting untuk mengatasi apa segala cabaran yang melanda. Dari tindakan yang ada kalanya menuju kepada jatuh atau bangun usahawan itu jugalah yang membenarkan bisnes mereka untuk bergerak ke arah peningkatan.
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © Binazrin Maju Sdn Bhd. (1113654-T). All right reserved.
© REKA BINA IDAMAN SDN BHD. (1513675-A).
All right reserved. [F]