*bergantung keluasan rumah dan perkara-perkara lain
Pasukan kami terdiri daripada pakar-pakar yang telah berpengalaman banyak dalam industri pembinaan rumah. Setiap rumah yang dibina akan dipastikan mencapai tahap kualiti dan kekemasan yang tinggi untuk menjamin kepuasan kepada bakal pemilik rumah.
Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor professional yang telah berdaftar dengan CIDB. Ini bermakna, syarikat kami komited untuk memastikan setiap rumah yang dibina memenuhi syarat-syarat dan piawaian yang ditetapkan.
Kami memberikan 100% komitmen dalam setiap kediaman yang dibina untuk menjamin bakal pemilik berpuas hati dan bahagia dengan kediaman baharu mereka.
Kami menjamin tempoh binaan akan mengikut seperti mana perjanjian asal yang dipersetujui. Berdasarkan rekod, kami mampu menyiapkan proses bina rumah sepantas hanya 4 bulan.
Pasukan designer dan arkitek kami akan bantu untuk lakarkan pelan lantai rumah anda dengan detail dimensi yang terperinci untuk setiap sudut. Kemudian, kami akan buatkan model design 3d supaya anda nampak jelas rumah yang bakal di bina. Setiap perincian warna cat dan kemasan juga akan dipaparkan untuk anda benar-benar puas hati dengan konsep design bakal rumah anda. Sekiranya anda tiada idea atau keliru, pasukan berpengalaman kami akan bantu memberi cadangan dan pilihan yang terbaik untuk design rumah anda.
Peguam akan bertindak dalam melaksana beberapa perkara penting untuk memastikan kepentingan anda sebagai pelanggan terjaga. Pertama, peguam akan memastikan perjanjian antara anda dan kami adalah jelas dan tiada unsur selindung atau helah. Kemudian, sebarang bayaran tunai akan melalui peguam dan tidak terus kepada kami. Kami hanya akan buat klaim berdasarkan kemajuan projek seperti yang dipersetujui dalam perjanjian. Jika ada sebarang salah faham atau kekeliruan juga, peguam akan merujuk kepada perjanjian dan bertindak sebagai orang tengah dan pemudah cara.