WhatsApp

Kemeriahan Aidilfitri Disambut Dengan Sumbangan Kepada Anak Yatim Lekir

LEKIR, 20 APRIL – Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri, syarikat Binazrin Group menganjurkan satu majlis jamuan istimewa untuk meraikan anak-anak yatim di kawasan Lekir pada 20 April 2024 bersamaan 12 Syawal 1445H. Penganjuran ini adalah sebagai tanda kesyukuran di atas limpahan rezeki yang dikurniakan Allah SWT melalui jualan produk syarikat.

En. Ahmad Zakuan, Pengarah Binazrin Group, berkata sebahagian hasil jualan telah disumbangkan bagi membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim di kawasan tersebut. “Kita amat bersyukur kerana dapat berkongsi sedikit rezeki ini bersama anak-anak yatim yang menjadi golongan istimewa di sisi Allah. Semoga sumbangan ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka pada hari yang mulia ini,” ujarnya.

Majlis jamuan Aidilfitri itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab Anak Muda Taman Seri Kayan. En. Zakuan turut mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda Lekir yang bertungkus lumus menjayakan penganjuran majlis tersebut. Beliaulah yang memulakan usaha mengumpul dana dan mengatur segala persiapan bagi menjayakan acara itu.

Selain sumbangan kewangan dan barangan daripada syarikat Binazrin, majlis itu juga mendapat sokongan pelbagai pihak. En. Zakuan merakamkan penghargaan kepada Lumut Port, Rosmiq, Butik Silver Haya, Sign House, Pearl Design, agensi swasta, Ahli Dewan Undangan Negeri, Tok Sidang dan Pengerusi Kariah yang turut menghulurkan sumbangan sama ada dari segi kewangan, barangan atau tenaga.

Kemeriahan majlis jamuan Aidilfitri dapat dirasai apabila hampir 100 anak yatim daripada kawasan sekitar Lekir hadir menyertai majlis itu. Mereka diberi peluang bergembira bersama dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur dan sajian makanan istimewa.

En. Zakuan berharap agar penganjuran majlis seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun. Beliau yakin ia bukan sahaja dapat meraikan kegembiraan anak-anak yatim malah merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat Lekir.

“Semoga ukhwah dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Lekir dapat dikekalkan dan dipupuk demi kesejahteraan bersama pada masa akan datang. Usaha murni ini semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berpanjangan dari Allah SWT,” ujar En. Zakuan.

Majlis yang berlangsung dengan meriah dan penuh bermakna itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk setempat yang turut sama meraikan kegembiraan bersama anak-anak yatim pada bulan mulia Syawal.

#MeraikanAnakYatim #AnakMudaLekir #BersamaBinazrinGroup

Bacaan Lain

Hubungi kami untuk informasi, sebut harga atau apa jua pertanyaan tentang bina rumah idaman anda.

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Copyright © Binazrin Maju Sdn Bhd. (1113654-T). All right reserved.