๐๐ ๐๐ฎ๐ง-ย Kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya asbab usaha staff sahaja. Boleh jadi disebabkan daripada doa ibubapa staff tiada hijab yang sentiasa mendoakan anak-anak berjaya dalam kerjaya masing-masing. Syukur ke hadrat Illahi akhirnya dapat juga pihak syarikat berkumpul bersama ibu bapa warga kerja Binazrin Group.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada ibu bapa yang telah memberikan kasih sayang, sokongan, dan pengorbanan tanpa batas kepada kami sepanjang bekerja di Binazrin. Dalam perjalanan hidup ini, ibu bapa adalah manusia yangย telah menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran. Mereka bekerja keras untuk memastikan keperluan kami tercukupi dan memberikan pendidikan yang terbaik kepada kami. Mereka mengorbankan masa, tenaga, dan wang ringgit demi kebahagiaan dan kejayaan kami. Kita tidak akan pernah dapat membalas segala pengorbanan mereka, tetapi melalui majlis ini, pengasas kami Tuan Haji Mohd Azrin bin kamaruddin ingin menyampaikan sagu hati ksebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih yang ikhlas.
Akhir kata, Binazrin ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan yang tidak henti untuk syarikat dan juga staf Binazrin Group. Kami berharap sagu hati ini dapat mewakili perasaan kami yang dalam dan memberikan sedikit kebahagiaan kepada ibu bapa . Semoga para ibu bapaย sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Doakan Binazrin dapat berkembang lebih jauh ke hadapan dan mampu membuka lebih banyak peluang kerjaya buat generasi akan datang inshaa Allah.
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright ยฉ Binazrin Maju Sdn Bhd. (1113654-T). All right reserved.
ยฉ REKA BINA IDAMAN SDN BHD. (1513675-A).
All right reserved. [F]