MANJUNG, 1 APRIL – Binazrin Group terus mempamerkan komitmennya membantu masyarakat tempatan memiliki aset hartanah dengan melancarkan projek Tanah Lot Banglo Batu 9, Lekir dengan nama khas Residensi Mawaddah bernilai puluhan juta ringgit.
Majlis pelancaran projek Residensi Mawaddah ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Toh Seribijaya Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung pada hari tersebut. Pelancaran itu diadakan serentak dengan Majlis Berbuka Puasa Orang Besar Jajahan Manjung Bagi Meraikan Anak Yatim, Asnaf, Ibu Tunggal dan Tahfiz.
Projek Residensi Mawaddah menawarkan peluang memiliki hartanah pada harga mampu milik dalam lingkungan RM81,800 sehingga RM104,400 seunit. Ini merupakan satu peluang yang amat dinanti-nantikan oleh masyarakat tempatan untuk memiliki kediaman sendiri.
Pengarah Urusan Binazrin Group, Tuan Haji Mohd Azrin bin Kamaruddin berkata, kelebihan utama projek itu adalah lokasinya yang amat strategik, hanya 4 minit dari lebuhraya West Coast Expressway (WCE) dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam sedia ada.
“Sebanyak 30 tanah lot banglo yang tersedia dengan keluasan bermula 62×77 kaki persegi sehingga 62×92 kaki persegi dan berstatus bangunan. Ia merupakan tanah rizab Melayu dan geran individu akan dikeluarkan kepada pembeli,” jelasnya di dalam ucapannya.
Beliau turut menyatakan bahawa projek itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat tempatan memandangkan lokasinya yang terletak di tepi jalan besar dan bersebelahan dengan kawasan perindustrian Lekir. Ini menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi pada masa akan datang.
“Binazrin Group komited untuk menyediakan produk hartanah berkualiti pada harga berpatutan buat masyarakat Melayu/Bumiputera di negeri Perak ini. Kami sentiasa mencari peluang untuk menawarkan produk terbaik kepada masyarakat tempatan,” tambah Tuan Haji Mohd Azrin.
Projek Residensi Mawaddah yang bernilai puluhan juta ringgit ini dijadual akan bermula pembinaan pada suku kedua 2024. Ia merupakan antara produk terbaharu Binazrin Group selepas kejayaan merealisasikan beberapa projek perumahan lain di sekitar Manjung.
Dengan harga yang berpatutan, lokasi strategik berdekatan kemudahan awam serta akses mudah ke lebuhraya, Residensi Mawaddah diharapkan dapat memenuhi impian ramai masyarakat tempatan untuk memiliki kediaman berkualiti mengikut kemampuan masing-masing.
Pelancaran projek ini sekali gus menunjukkan komitmen Binazrin Group untuk sentiasa menghulurkan peluang terbaik kepada masyarakat dalam pemilikan hartanah. Ia juga mencerminkan semangat korporat syarikat itu untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © Binazrin Maju Sdn Bhd. (1113654-T). All right reserved.
© REKA BINA IDAMAN SDN BHD. (1513675-A).
All right reserved. [F]