Binazrin Group, sebuah syarikat pembangunan industri tanah lot dan pembinaan banglo, mempersembahkan projek hartanah terbarunya, “Residensi Mawaddah” yang terletak di Batu 9, Lekir. Residensi Mawaddah menawarkan peluang eksklusif kepada bumiputera untuk memiliki aset tanah yang bernilai tinggi. Memiliki aset tanah adalah salah satu langkah penting dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan mewujudkan kestabilan jangka panjang.
Residensi Mawaddah terdiri daripada 30 lot tanah dengan keluasan antara 4,398 hingga 5,619 kaki persegi (kps). Projek ini terletak di lokasi strategik yang menyediakan kemudahan asas dan akses mudah ke pelbagai destinasi penting. Antaranya:
Sejak pelancarannya pada bulan April hingga Ogos tahun ini, projek ini telah mendapat sambutan hangat sehingga sebanyak 25 lot tanah telah berjaya terjual. Pencapaian ini menunjukkan minat yang tinggi dan kepercayaan pelanggan terhadap projek Residensi Mawaddah dan syarikat. Setiap lot tanah ditawarkan dengan harga yang kompetitif bermula serendah RM 81,800.00 dengan purata 30% hingga 40% dibawah harga pasaran.
Proses pembelian tanah lot di Binazrin sangat memudahkan pembeli. Pembeli boleh mengunci lot pilihan mereka selama 3 hari tanpa sebarang bayaran. Selepas 3 hari, bayaran tempahan hanya RM500 diperlukan untuk meneruskan pembelian. Binazrin juga membantu dalam proses permohonan pinjaman bank bagi mereka yang memerlukan.. Dengan prosedur yang jelas dan bantuan yang menyeluruh, proses pembelian di Binazrin adalah mudah dan lancar.
Residensi Mawaddah menawarkan peluang pelaburan hartanah yang menguntungkan dan gaya hidup yang selesa di kawasan yang strategik. Dengan pelbagai kemudahan yang tersedia dan prestasi jualan yang memberangsangkan, projek ini menjadi pilihan ideal bagi bumiputera yang ingin memiliki aset tanah. Bagi mereka yang mencari peluang pelaburan dan kehidupan berkualiti, Residensi Mawaddah adalah pilihan yang tepat.
Untuk maklumat lanjut tentang projek ini sila hubungi pakar perunding kami Muhamad Fakriyuddin bin yahya – 012-5010158.
Klik di sini untuk memuat turun katalog kami dalam format PDF katalog Residensi Mawaddah batu 9 (1)
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © Binazrin Maju Sdn Bhd. (1113654-T). All right reserved.
© REKA BINA IDAMAN SDN BHD. (1513675-A).
All right reserved. [F]